Monday, October 12, 2009

CARA NABI BERFIKIR...


Salam...

Sedikit renungan... teringat kepada satu ceramah di IKIM.FM... bagaimana cara Nabi Muhammad SAW berfikir... renungilah...
Semua orang inginkan kemewahan dan kekeyaan... semua manusia akan terasa dirinya bangga dgn kekayaan yang dimilikinya... namun disebaliknya, Adakah kita berfikir menurut keperluan islam???

Objektifnya ialah berfikirlah secara keperluan islam... contohnya Jika kita naik kenderaan yang mewah, kita akan jumpa dengan kenderaan yang dipandu oleh org lain yang lebih mewah... janganlah kita berfikir bahawa kemewahan itu yang paling penting untuk berfikir, tetapi hendaklah kita memikirkan bahawa ramai orng lagi yang lebih "sengkek" dhaif dari kita... apa ceritanya kepada mereka yang memandu motosikal?...

Jika kita menunggang motosikal pula janganlah memikirkan orang lain yang memandu kereta... tetapi pikirkanlah mereka yang manunggang basikal... letih mengayuh berbatu2 untuk sampai ke tempat yang dituju...

Jika kita menunggang basikal... fikirkanlah orang yang berjalan kaki... orang yang berjalan kaki lebih susah dan keletihan berbanding menunggang basikal.... Jika menunggang basikal boleh dikayuh sejauh tenaga, orang yang berjalan kaki pula bagaimana???

Jika kita berjalan kaki... Fikirkanlah mereka yang berjalan tanpa kaki... Betapa deritanya orang yang berjalan menggunakan tangan atau mengesot untuk sampai ke tempat yang dituju.... Jika seorang itu tiada kaki bagaimana pula????

Fikirkanlah mereka yang sudah mati... Orang yang mati tidak boleh kemana2 walaupun sempurna untuk sampai ke destinasi... Orang yang sudah mati hanya menunggu doa anak2 yang soleh dan solehah, sedekah dan amal jariahnya serta ilmu yang pernah disampaikan...

Kadang2 kita sebagai umat islam alpa dan lupa bahawa jika kita susah,,,, ramai lagi orang lain yang lebih susah... menderita dan merana... dengan cara pemikiran ini bukan sahaja mendatangkan motivasi dalam diri, malah menjadikan kita lebih kuat dan berazam untuk meneruskan kehidupan.... renungilah bersama.....

2 comments:

Ziela Shafiee said...

kesimpulannya Ingat lah kepada 5 perkarra sebelum 5 perkara..apa dia ustaz eh 5 perkara tuh??

Anonymous said...

salam ust ned....saya baru ja dapat masuk blog ni...patutlh lama takde update kat blog lagi satu...ade blog baru rupanya....saya setuju dgn cara ust ned berfikir...kalau kita melihat orang yang lebih kaya dari kita memang kita tak akan puas dengan apa yang kita miliki...biarlah hidup seribu tahun pun takkan rasa puas....nice thought ust ned....ops satu lagi....5 perkara yang nabi sebut...shababuka qabla haramuka, ghinaka qabla faqrika, firaghuka qabla syuqlika, sihhatika qabla maradhika dan hayatuka qabla mautika....salam ust ned...:)