Tuesday, October 27, 2009

PANDUAN CARA MAKAN IKUT SUNNAH NABI SAW...


Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan.

Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.

Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??

Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal.
Sumber : http://www.ptk.jpnkedah.net

Monday, October 12, 2009

CARA NABI BERFIKIR...


Salam...

Sedikit renungan... teringat kepada satu ceramah di IKIM.FM... bagaimana cara Nabi Muhammad SAW berfikir... renungilah...
Semua orang inginkan kemewahan dan kekeyaan... semua manusia akan terasa dirinya bangga dgn kekayaan yang dimilikinya... namun disebaliknya, Adakah kita berfikir menurut keperluan islam???

Objektifnya ialah berfikirlah secara keperluan islam... contohnya Jika kita naik kenderaan yang mewah, kita akan jumpa dengan kenderaan yang dipandu oleh org lain yang lebih mewah... janganlah kita berfikir bahawa kemewahan itu yang paling penting untuk berfikir, tetapi hendaklah kita memikirkan bahawa ramai orng lagi yang lebih "sengkek" dhaif dari kita... apa ceritanya kepada mereka yang memandu motosikal?...

Jika kita menunggang motosikal pula janganlah memikirkan orang lain yang memandu kereta... tetapi pikirkanlah mereka yang manunggang basikal... letih mengayuh berbatu2 untuk sampai ke tempat yang dituju...

Jika kita menunggang basikal... fikirkanlah orang yang berjalan kaki... orang yang berjalan kaki lebih susah dan keletihan berbanding menunggang basikal.... Jika menunggang basikal boleh dikayuh sejauh tenaga, orang yang berjalan kaki pula bagaimana???

Jika kita berjalan kaki... Fikirkanlah mereka yang berjalan tanpa kaki... Betapa deritanya orang yang berjalan menggunakan tangan atau mengesot untuk sampai ke tempat yang dituju.... Jika seorang itu tiada kaki bagaimana pula????

Fikirkanlah mereka yang sudah mati... Orang yang mati tidak boleh kemana2 walaupun sempurna untuk sampai ke destinasi... Orang yang sudah mati hanya menunggu doa anak2 yang soleh dan solehah, sedekah dan amal jariahnya serta ilmu yang pernah disampaikan...

Kadang2 kita sebagai umat islam alpa dan lupa bahawa jika kita susah,,,, ramai lagi orang lain yang lebih susah... menderita dan merana... dengan cara pemikiran ini bukan sahaja mendatangkan motivasi dalam diri, malah menjadikan kita lebih kuat dan berazam untuk meneruskan kehidupan.... renungilah bersama.....

Thursday, October 1, 2009

ISLAM vs TIDURrr.. zzzZZ




Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Wednesday, September 30, 2009

GEMPA BUMI...

JAKARTA 19 Sept. – Satu lagi gempa bumi baru berukuran 6.4 pada skala Richter telah melanda selatan Sumatera.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa itu berlaku di tempat yang sama ia melanda minggu lepas.

Gempa itu dikesan berlaku pada pukul 7.27 pagi waktu tempatan (3.27 petang waktu Malaysia) di kedalaman 26 kilometer dalam laut tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pada minggu lepas, gempa bumi yang kuat berukuran 8.4 mengikut skala Ritcher melanda selatan Sumatera telah mengorbankan seramai 23 orang.

Sementara itu, Ketua Pemantau Boya Oseanografi Indonesia, Ridwan Djamaluddin berkata, boya untuk memberikan amaran awal tentang kedatangan tsunami akan dipasang di bahagian pantai selatan Sumatera minggu depan.

Beberapa boya lain telah pun dipasang sebelum ini yang mampu mengesan sebarang pergerakan aneh yang berlaku di dasar laut sekiranya terdapat gempa bumi.

– AP

GURU BERMANFAAT...


Salam... Jadilah seorang guru yang bermanfaat... itulah nasihat "tok guru" ana yang sangat mendalam dan tersirat... guru yang bermanfaat kepada semua manusia sekeliling... bukan sahaja di sekolah.. malah bersama masyarakat sekeliling juga...

Seorang guru yang baik adalah guru yang memberi manfaat kepada muridnya samada manfaat pada jangka masa yang terdekat... mahupun manfaat pada jangka masa yang panjang...

mudah-mudahan apa yang disampaikan di dalam kelas menjadi tauladan yang berunsur nasihat kepada anak didik kita... jika tidak hari ini... esok... jika tidak esok lusa... tak lusa PASTI akan diingati nasihat yang diberikan oleh seorang guru...

Insyaallah... Allah SWT akan permudahkan hajat yang ingin dicapai oleh seorang yang bergelar GURU.......

FIQH AULAWIYAT


Fiqh al-Aulawiyat... Fiqh yang dicetuskan oleh Profesor Dr Yusuf Abdullah al-Qardawi... ulama' terulung abad ini... Fiqh ini dinamakan sebagai Fiqh Keutamaan dalam apa jua keadaan yang dilalui oleh sesorang islam... Ia dirumuskan daripada al-Quran yang memberi pilihan kepada khalifah Allah untuk memilih sesuatu yang utama daripada yang lebih utama...

Fiqh ini mendedahkan kepada generasi islam akan perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada tangga pertama, diberi keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan sebaliknya dan dilakukan kemudian... Kegagalan mengetahui kaedah tersebut akan mengakibatkan tindakan2 menjadi tidak teratur dan tersusun rapi, sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita2kan...

Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, perkara2 kecil, remeh temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar2kan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri... sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan islam sebagai satu2nya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini...

Fiqh ini sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, membuat keputusan, pentadbiran, perniagaan dan sebaginya. Fiqh ini lah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama...

Buku Fiqh Al-Aulawiyat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia yang diterbitkan oleh Thinkers Library yang diterjemahkan oleh Ahmad Muryadi Asmawi ini sangat berkesan untuk dibaca menambah ilmu pengetahuan dan panduan kepada semua umat...

Contohnya : Seorang pemandu lori sedang memandu dengan penuh etika... kemudian sebuah motosikal memotong lori tersebut dengan tiada etika... di hadapan lori tersebut terdapat sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan dan di dalamnya terdapat penumpang yang ramai.... Persolannya : Sebagai seorang pemandu lori... samada melanggar kereta di hadapan ataupun merempuh motosikal yang memotong lori yang dipandu?

Contoh lain : Diantara kualiti dengan kuantiti... mana yang lebih Aula @ utama?

Untuk keterangan dan pengajian ini... rujuk kepada buku yang sedang laris dijual di kedai2 buku berdekatan... atau email kan kepada erwanned@yahoo.com.my

tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi email yang di sertakan...